31 July 2015
Pelancaran Blog Al-Ittihad
Pada setiap diri insan telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi Tuhan. Tugasnya menyebarkan syiar Islam ke seluruh alam agar manusia kembali tetap menuju jalan yang maha Esa.
Tersebarnya dakwah bukan hanya bergantung kepada kepetahan berkata-kata sahaja. Dakwah juga tidak hanya tertumpu pada musolla-musolla yang wujud di alam nyata. Kerana dakwah itu suatu seni yang luar biasa.
Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ittihad, SAM Hulu Langat telah memilih pendekatan moden bagi mencorakkan seni dakwah dengan mewujudkan sebuah laman di alam siber. Berbekalkan inisiatif yang ada, http://alittihadsamten.blogspot.com/ telah ditubuhkan di bawah kendalian unit Daie Internet bagi merealisasikan impian tertegaknya Islam bukan hanya di alam realiti, akan tetapi juga di alam fantasi penuh teknologi ini.
Alhamdulillah, bertempat di Surau Al-Ittihad SAM Hulu Langat, pelancaran laman islami ini telah dirasmikan oleh Encik Hasbollah bin Hj Muhammad Dahalan selaku Guru Penolong Kanan HEM pada 31 Julai 2015 bersamaan 16 Syawal 1436 H.
Semoga laman ini menjadi medan dakwah yang berkualiti dan salah satu asbab untuk kita tetap pada jalan Ilahi.
Senikan dakwah. Sebarkan pada ummah. Lakukan kerana Ilah. Takbir!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment