-
BAYT
DAIE INTERNET
WAKTU SOLAT
FACEBOOK

19 October 2015

Penambahan Banner Ilmi


Pihak pengurusan surau berjaya meningkatkan pengusaan ilmu dengan cara meletakkan banner-banner ilmu seperti perbezaan rukun solat menurut 4 mazhab, sirah Sahabat Rasulullah SAW , dan lain-lain.
Terima kasih kepada penyumbang yang telah menjayakan projek banner ini. Semoga ilmu yang dikongsi di banner-banner itu bermanfaat untuj semua.

26 September 2015

Projek Menaik Taraf Lanskap Luar Surau (II)

Alhamdulillah, berkat usaha dan penantian yang lama, siap jua laluan ke surau yang mencantikkan pemandangan lanskap luar surau. Terima kasih kepada sesiapa yang telah menolong dalam menyiapkan projek laluan ke surau ini secara langsung atau tidak langsung. Sebarang cadangan atau penambahbaikan yang ingin dikongsi boleh la berhubung dengan page facebook kami Surau Al-Ittihad SAM10 SKK

14 August 2015

Projek Menaik Taraf Galeri Mekah

Pelaksanaan haji di Mekah Al-Mukarramah merupakan satu kewajiban seorang muslim yang berkemampuan. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai Mekah Al- Mukarramah, pihak pengurusan Surau Al-Ittihad telah menaik taraf galeri Mekah yg dulunya hanya memempunyai replika Kaabah sahaja kini tampak lebih indah dengan adanya replika tempat- tempat yg berhampiran dengannya.



Semoga segala usaha yang dilakukan untuk mengimarahkan Surau Al-Ittihad dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang setimpal serta dihargai oleh semua warga SAM Hulu Langat dan seluruh Umat Islam yang telah atau akan datang ke surau ini.

7 August 2015

Projek Menaik Taraf Lanskap Luar Surau (I)

Pihak pengurusan surau telah merancang beberapa projek untuk mencantikkan lanskap luar surau. Antaranya projek laluan ke surau yang telah bermula 6 Ogos 2015 lalu.
Jalan menuju ke Surau


Projek seterusnya adalah wakaf atau pondok untuk berehat sebentar bagi lelaki dan perempuan:

Wakaf untuk berehat


Pihak surau mengalu-alukan sebarang cadangan serta sumbangan bagi menyiapkan projek-projek ini dan yang akan datang di laman page facebook kami Surau Al-Ittihad SAM10 SKK.

1 August 2015

Pemantauan Surau Imarah 2015

Alhamdulillah pada 29hb Julai 2015 bersamaan 13 Syawal 1436 H, Surau Al-Ittihad SAM Hulu Langat telah dicalonkan bagi Pemantauan Surau Imarah peringkat Negeri Selangor oleh barisan pemantau Jabatan Pendidikan Selangor (JPS).







"Majulah Surau Al-Ittihad untuk ummah!"

31 July 2015

Pelancaran Blog Al-Ittihad



Pada setiap diri insan telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di bumi Tuhan. Tugasnya menyebarkan syiar Islam ke seluruh alam agar manusia kembali tetap menuju jalan yang maha Esa.

Tersebarnya dakwah bukan hanya bergantung kepada kepetahan berkata-kata sahaja. Dakwah juga tidak hanya tertumpu pada musolla-musolla yang wujud di alam nyata. Kerana dakwah itu suatu seni yang luar biasa.

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ittihad, SAM Hulu Langat telah memilih pendekatan moden bagi mencorakkan seni dakwah dengan mewujudkan sebuah laman di alam siber. Berbekalkan inisiatif yang ada, http://alittihadsamten.blogspot.com/ telah ditubuhkan di bawah kendalian unit Daie Internet bagi merealisasikan impian tertegaknya Islam bukan hanya di alam realiti, akan tetapi juga di alam fantasi penuh teknologi ini.

Alhamdulillah, bertempat di Surau Al-Ittihad SAM Hulu Langat, pelancaran laman islami ini telah dirasmikan oleh Encik Hasbollah bin Hj Muhammad Dahalan selaku Guru Penolong Kanan HEM pada 31 Julai 2015 bersamaan 16 Syawal 1436 H.

Semoga laman ini menjadi medan dakwah yang berkualiti dan salah satu asbab untuk kita tetap pada jalan Ilahi.

Senikan dakwah. Sebarkan pada ummah. Lakukan kerana Ilah. Takbir!